Kesihatan dan keselamatan awam Korea_Selatan

Walaupun jangka hayat banyak meningkat sejak 1950, namun Korea Selatan berdepan dengan beberapa isu kesihatan yang penting, terutama sekali kesan pencemaran alam sekitar terhadap kependudukan yang semakin tertumpu di kawasan bandar. Menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, majoriti penyakit di Korea Selatan merupakan penyakit kronik, kesan sistem penjagaan kesihatan yang terlebih tertumpu pada rawatan daripada pencegahan. Kejadian penyakit kronik di Korea Selatan adalah sekitar 24%. Kira-kira 33% dewasa merokok. Kadar perebakan virus imunodifisiensi manusia (HIV) pada akhir tahun 2003 adalah kurang 0.1%. Pada tahun 2001, perbelanjaan kerajaan pusat untuk penjagaan kesihatan menyumbangkan 6% KDNK.[125] Kadar bunuh diri di negara ini adalah 26 untuk 100,000 orang pada tahun 2008, iaitu yang tertinggi di kalangan negara berindustri.[126]